Sunday, October 2, 2011

Kisah Jenaka Benar - Kisah Tercekik Tulang



( petua tercekik tulang-sebuah kisah benar )



Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!


Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup"gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..


Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)
lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"


Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,


Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!


Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..


Biasa korang belajar doa makan macam nie:


"Allahummabariklana (hingga akhir)


Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:


"Bismillah, barkatillah"


Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)


kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "


aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "


Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..


Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...


Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"


Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)


"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...


Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..


Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "


Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..


(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)


Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..


kesian mak aku...


"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)


Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "


Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..


Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"


(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)


Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "




HA HA HA..


(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.


Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!


he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!
(supermanpun akan jadi mayat)
Saya petik artikel ini dari blog seorang sahabat di :
banyak lagi artikel menarik buat semua dalam blog ini.

Kisah Jenaka - Kisah Pelanggan Buta



Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran.


Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.


"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.


Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,


"Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"


Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi ia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai untuk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,


"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan." Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.


Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Ia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Ia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur.


Diberikannya satu sudu dan berkata,


"Yati, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu"


"Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah memaksa.


Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiaknya" dan menyerahkan kembali kepada Amin. Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengenyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata,


"Aku tidak menyangka betul kalau Yati bekerja di sini....... boleh saya jumpa dia"


Amin: ????????????????.


Moral : Lawak je. Jangan berniat jahat kepada seseorang.

Kisah Lawak - Kisah Mencari Kerja



Kisah ni terjadi di satu hari yang sungguh menyayat hati bagi seorang insan yang telah dibuang kerja... Dia sungguh sedih kerana dia merupakan anak sulung daripada 19 orang adik beradik, jadi segala perbelanjaan di rumah mahupun perbelanjaan sekolah adik-beradiknya.. terpaksa dibiayai.


Jadi, nak dipendekkan cerita........ pada suatu hari, beliau terlalu tension kerana sudah beribu-ribu temuduga dan jenis kerja telah beliau hadiri, malangnya satu pun tak berjaya..lalu beliau ambik keputusan untuk release tension. Petang tu pun beliau keluar berjalan-jalan fikir macamana nak selesaikan problem cari kerja ni.. Jalan punya jalan sampailah kat Zoo Negara... masa sampai kat pintu gerbang, beliau terfikir pulak  "Buat apa aku masuk kat dalam Zoo ni? Nak buat apa?


“Tak pa la... sekali sekala mana la tau dapat idea...” beliaupun meneruskan perjalanannya itu masuk ke dalam Zoo. Semasa beliau berjalan-jalan sambil melihat haiwan-haiwan dan binatang liar di sana, beliau terserempak dengan seorang kawan lama... lalu kawannya itu menyapa


"Hai....Ucop, lama tak nampak?"
"Ada... busy, tapi sekarang ni aku dah tak busy dah..."
"Napa?"
"Aku dah kene buang kerja... problem betul la...."
"Laa... apsal kau tak bagitau aku awal-awal... Ari tu ada kerja full time kat sini.. tapi dah takda dah... dah full... tapi, kau jangan risau, kat sini ada kerja part time.... kau nak?"
"Eh! betul ke? Mestilah aku nak!, apa kerja tu?"
"Senang ja... zoo ni sebenarnya kekurangan haiwan, apa kata kalau kau jadi BERUK ala....pakai sarung..., mahal tau bayarannya.." Setelah beliau berfikir panjang, beliau pun membuat keputusan setuju menerima kerja tersebut, kerana memandangkan kemelesetan ekonomi yang berada di paras kritikal ini..
"Bila boleh start?"
"Kalau kau nak esok pun boleh!!".
"Buat apa esok, hari ini pun boleh...."
"Kalau macam tu, okeyla.. aku bagi tau bos aku dan kau bolehlah bersiap sekarang, nah uniform" dengan bangganya beliau terus memakai uniform yang berupa bulu beruk itu....dan terus masuk ke dalam sangkar yang disediakan.


Setiap pengunjung yang melalui sangkar itu merasa pelik dan hairan kerana jarang sekali terjumpa beruk seperti di dalam sangkar itu kerana beruk itu boleh berkata-kata... lalu ramailah orang mengerumuni sangkar beruk itu sambil bertepuk tangan dan bergambar... beruk itu merasa riak dan bangga yang di tahap maksimum lalu beliau terus melompat- lompat dan dgn tidak disengajakan..... beliau telah termasuk ke dalam kandang harimau yang berada bersebelahan dengan sangkarnya... beliau terus panik sambil meminta tolong....


"TOLONG!...TOLONG!!...TOLONG!!!...


Beliau menjerit sekuat hati...tapi semua orang tak ambil peduli, maklumlah beruk boleh bercakap. Beliau bertambah tak tentu arah apabila harimau itu kali ini betul-betul berada di hadapannya...... dalam hatinya berkata "matilah aku hari ni....." sambil mengucap dua kali ingat nak mati......... tiba-tiba........ harimau tu gelak terbahak bahak dan berkata  "Apsal kau menjerit! Aku pun harimau part time je macam kau jugak !


Moral : sendiri mau ingat ler...


www.faizalyusup.com

Kisah Lawak - Kisah Kura-kura, Cacing dan Ulat Gonggok

Pada satu hari kura-kura telah mengajak cacing dan ulat gonggok datang ke rumahnya untuk berbuka puasa.

Petang itu cacing dan ulat gonggok pun sampai. Banyak makanan dan kuih muih telah terhidang di atas meja makan rumahnya. Setelah duduk di meja makan tiba-tiba kura-kura baru perasan yang dia terlupa untuk membeli air minuman. Lalu kura-kura menyuruh cacing untuk pergi ke kedai untuk membeli minuman.

“Aku tak boleh pergi ke kedai sebab aku tak ada tangan”. Macamana aku nak bawa air itu?” Kata cacing.

“Kenapa kau tak pergi beli ke kedai sendiri wahai kura-kura?” tanya cacing.

“Aku berjalan lambat sangat, karang dah azan tak sempat buka puasa pula.” kata kura-kura.

“Tengok jam dah pukul 6.30 petang. Kita tinggal setengah jam lagi sebelum azan”. Tambah kura-kura lagi.

“Ulat gonggok, apa kata engkau pergilah beli sekarang.” Kata cacing.



“Okaylah..” kata ulat gonggok.

Ulat gonggok pun keluar lalu menutup pintu.

Setelah setengah jam ulat gonggok masih belum lagi balik dengan air minuman itu.

“Azan dah dekat, mana ulat gonggok ni”, kata kura-kura.

“Cacing! Kau pergi cari ulat gonggok sekarang juga!” kata kura-kura lagi.

Cacing membuka pintu dan terkejut melihat ulat gonggok masih berada di hadapan pintu.

“Kenapa kau tak pergi kedai lagi” tanya cacing.

“Aku tengah pakai kasutlah!!! Kaki aku banyak, baru nak habis pakai kaki kanan ni. Kaki kiri belum lagi...” kata ulat gonggok sambil tersengih.

Saturday, October 1, 2011

Kisah Lucu - Keluarga Di Kampung



Seorang lelaki yang sudah lanjut usianya menelefon anaknya di Kuala Lumpur dan berkata..

"Seman, Bapak tak nak sedihkan kamu, tetapi...bapa kena bagitau kamu yang bapak ngan mak kamu nak bercerai...40 tahun sengsara..bapak dah tak tahan......"
"Bapak!! Bapak cakap pasal apa nie??" Si anak menjerit...
"Kami dah meluat tengok satu sama lain..." si bapa berkata...
"Bapak dah meluat ngan mak kau...dan bapak tak nak cakap lagi hal nie..
 Jadi, kamu telefon la kakak kamu kat Melaka tu dan bagitau dia.."..
Terus si bapak letak gagang telefon....Dengan kelam-kabut dan rasa terkejutnya...si anak tadi pun terus menelefon si kakak pulak...
"Apa!!! Mak ngan Bapak TAKKAN BERCERAI!! Kakak akan nasihat mereka berdua!!"...dia menjerit..."Akak kan settle masalah nie!!!...."
Dia terus menelefon ke Kedah kembali...dan menjerit kat si Bapak tadi..
"Bapak!! Jangan Bercerai Ngan MAK!!! Jangan bergaduh lagi.!!! Tunggu kami datang!!! Tipah nak panggil Seman balik gak, dan kami akan sampai ke kampung esok!!....Jadi kalau ada apa-apa
pun...Jangan Buat Apa-apa....!!! Bapak Dengar TAK!!!" dan terus si anak letak telefon...

Si Bapak Tua tersebut kemudiannya meletakkan gagang...dan menoleh kepada isterinya...sambil tersenyum..."Alhamdulillah..depa nak balik gak esok ...lama dah depa tak
balik......RINDU SANGAT KAT ANAK-ANAK......"

Pengajaran Dari Cerita Nie..

1. Mak Bapak rindu kat anak-anak.....sampai ada yang
sanggup tipu anak semata-mata nak suruh mereka balik.....(cerita nie)

2. Dah lama ke kita tak balik Kampung??.....Rindu mak bapak pada kita.....

 Dah lama kan kita tak merasa masakan MAK kita...?
 Dah lama kan kita tak mendengar nasihat AYAH kita..?

Marilah kita sama-sama balik kampung jumpa mak ayah
yang tercinta.......